Friday, 18 July 2014

I Will CHANGE...

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan selawat berserta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersama keluarga dan para sahabat.

Hari ini 19/7/2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435H, aku telah berniat kepada diriku bahawa aku akan berubah. Akan ku tanam sifat jujur didalam diri ini. Kerana dengan sebuah kejujuran aku akan mendapatkan tiga perkara iaitu kepercayaan, kasih sayang dan rasa hormat. Sungguh ku akui bukan mudah untuk berubah dalam masa satu saat, namun dengan kesungguhan dan niat yang suci untuk mendapat ridhaNya, aku akan terus berusaha. Aku akan berubah kerana Allah, kerana agamaku, kerana ibu bapaku, dan juga kerana orang yang ku sayang.

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepadaku untuk aku terus istiqamah dalam menuju kepada perubahan diri dan akhlak yang lebih baik serta meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaanku kepada-Nya. :')

 ...امين يا رب العلمييين

     “Jujurlah kerana sesungguhnya

      kejujuran menunjukkan kepada

     kebaikan dan kebaikan menunjukan

    kepada syurga, dan sesungguhnya 

    dusta itu menunjukkan  kepada 

    kejahatan dan kejahatan itu

   menunjukkan ke neraka." (H.R Bukhari)

         




No comments:

Post a Comment