Assalamu'alaikum sahabatku,
Semoga anda semua sentiasa berada didalam lindungan-Nya.
Dalam meniti nikmatnya bulan Ramadhan,tanpa kita sedari ia semakin hampir meninggalkan kita. Saat saya menulis tulisan ini adalah pada 28 Ramadhan dan malam ini merupakan malam penghabisan bagi bulan Ramadhan 1434 Hijrah. Tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan melainkan rasa yang sedih dan hiba apabila tibanya masa untuk bulan yang suci ini berakhir. Tiada bulan lain yang Allah berikan keistimewaan yang sangat banyak kepada umat Islam melainkan bulan Ramadhan. Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu syurga setibanya bulan Ramadhan kepada kita dan pembebasan daripada api neraka pada hari 10 terakhir Ramadhan. Pada bulan Ramadhan jugalah Allah SWT menurunkan Al-Quran serta terdapat satu malam yang di nanti-nantikan umat Islam iaitu malam Lailatul Qadar dan apabila kita beribadah di malam tersebut,seolah-olah kita beribadah selama seribu bulan. MashaAllah, betapa besarnya ganjaran yang Allah SWT berikan kepada kita.
Banyak perkara suka dan duka yang terjadi di dalam bulan ini. Namun,tidak tahu mengapa, hati saya pada bulan ini sering sebak dan pilu dengan pelbagai perkara yang berlaku. Perkara yang paling menyenangkan adalah apabila satu keluarga berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Dalam bulan Ramadhan tahun ini ayah sentiasa berbuka puasa di rumah dan kami sekeluarga pergi menunaikan Sembahyang tarawikh bersama di masjid yang berbeza pada setiap malam. Perkara ini sangat mengharukan bagi saya kerana pada bulan-bulan biasa, sangat jarang sekali untuk kami sekeluarga makan bersama. :')
Dalam bulan Ramadhan ini juga, Allah SWT telah memberikan hidayah kepada saya untuk lebih mendalami tentang agama Islam. Ilmu yang tersemat di dada saya mengenai Islam masih belum mencukupi buat saya dan ingin saya pertingkatkan lagi agar saya tidak digelar sebagai seorang yang jahil didalam agama. Na'uzubillahi min zhalik, moga dijauhkan. Segala perkara mengenai Islam di seluruh dunia sangat menarik perhatian saya dan apa yang saya lihat, pelbagai perkara gembira dan juga sedih yang berlaku kepada umat Islam diseluruh dunia dan termasuklah di bumi Arab. Perkara sedih yang berlaku ini sangat menyentuh jiwa saya Ya Allah. Apa yang mampu saya lakukan kepada mereka hanyalah dengan berdo'a agar saudara-saudaraku di bumi Arab diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan serta sentiasa dibawah lindungan Tuhan. Amiiin :'(
Semua orang mengaharapkan amalan yang mereka lakukan diterima oleh Allah SWT seperti juga diri saya sendiri. Saya berharap yang saya telah melakukan ibadah dan perkara yang terbaik serta ibadah yang saya lakukan dan perubahan didalam diri ini akan berkekalan setelah berakhirnya bulan Ramadhan sehinggalah ke akhir nafas saya mudah-mudahan. Ini kerana, kita adalah kejadian yang sempurna yang diciptakan Tuhan namun apa yang kita lakukan tidak selalunya sempurna. Saya berdo'a agar dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini pada tahun hadapan. Insya-Allah, Aminn Ya Rabb.. :')
Kehidupan kita didunia ini hanyalah sementara, oleh itu, kejarlah sebanyak-banyaknya amalan kebaikan yang kita mampu dengan semaksima mungkin untuk mencapai Syurga Allah. Insya-Allah. Akhir kalam, dakwah itu ibarat air yang yang terus mangalir tanpa penghujungnya. dan empangan yang menghalang.
Sekian sahaja tulisan saya pada kali ini,
Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.
Wassalam.
NHP :)
