Friday, 18 July 2014

I Will CHANGE...

Bismillahirrahmanirrahim....

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Dan selawat berserta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bersama keluarga dan para sahabat.

Hari ini 19/7/2014 bersamaan 21 Ramadhan 1435H, aku telah berniat kepada diriku bahawa aku akan berubah. Akan ku tanam sifat jujur didalam diri ini. Kerana dengan sebuah kejujuran aku akan mendapatkan tiga perkara iaitu kepercayaan, kasih sayang dan rasa hormat. Sungguh ku akui bukan mudah untuk berubah dalam masa satu saat, namun dengan kesungguhan dan niat yang suci untuk mendapat ridhaNya, aku akan terus berusaha. Aku akan berubah kerana Allah, kerana agamaku, kerana ibu bapaku, dan juga kerana orang yang ku sayang.

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah kepadaku untuk aku terus istiqamah dalam menuju kepada perubahan diri dan akhlak yang lebih baik serta meningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaanku kepada-Nya. :')

 ...امين يا رب العلمييين

     “Jujurlah kerana sesungguhnya

      kejujuran menunjukkan kepada

     kebaikan dan kebaikan menunjukan

    kepada syurga, dan sesungguhnya 

    dusta itu menunjukkan  kepada 

    kejahatan dan kejahatan itu

   menunjukkan ke neraka." (H.R Bukhari)

         




Wednesday, 16 July 2014

Ketika hati berbicara...


Wahai ikhwan yang melukis rindu atas kedamaian syurga,
Atas nama Rabb ku,
aku ingin mencintaimu
karena-Nya,

Mengukir nama indahmu di bawah
langit cinta-Nya,
Menulis hikmah dari pertemuan aku
dan dirimu di atas sajadah cinta.
Andai harus ku jabarkan bait hati yang
tersembunyi seperti akhwat lainnya,
Sungguh, tak cukup waktu yang Tuhan titipkan untuk semua cerita,
Hingga aku termasuk akhwat yang merugi karenanya.

Atas nama titah Tuhan ku, cukup ku cintaimu dengan sederhana,
Sepanjang hidup, aku ingin akidah kasih yang ada ini di ridhaiNya,
Tak perlu bagi ku kau sampaikan gemuruh rindu itu dalam nyata,
Cukuplah kau jaga hijab ku tanpa kata cinta sebelum ikrar yang direstui-Nya.

Jika hati ini harus marah karena diam mu untukku,
Sungguh, jangan kau dekati hati yang tak pernah menghargaimu ini,
Jika lisan ini di penuhi cela karena bisu yang istiqamah dari mu untukku,

Demi Allah, aku merugi atas kidung cinta Tuhan yang tak pernah ku kenali.
Terasing diri ini, jika nafsu itu
menyelimuti,
Bersimpuh dalam renungan pada hubungan yang salah ini,

Meruginya raga jika harus kau buktikan cinta mu dengan pernyataan cinta atas hati.
Karena cukuplah dalam diammu, bukti mahabbah rindu untukku.
Namun, bila suatu hari kau datang dengan kalimah cinta,
Saat sebelum kau mengkhitbah ku
ya ikhwan,

Aku takut kau salah memaknai cinta karena-Nya,
Cara kita yang salah menempatkan cinta,
Hingga terjatuh pada lubang duniawi yang menyesatkan.
Sungguh, karena cinta ini aku malu pada Tuhan ku,
Tamparan cinta itu akan menjatuhkan harga diriku di sisi-Nya,

Seketika itu pula diri ini seakan tak berharga,
Karena kungkungan nafsu yang ku persembahkan pada mu,
Berlumur noda atas cinta yang bukan hak ku dan dirimu.
Wahai ikhwan yang menyentuh hati ku,

Aku tak mengenali cinta dalam lisan,
Karena bukan itu yang namanya cinta karena-Nya.
Jika kau mencintai ku, cintai aku dalam diam mu,
Jaga hijab cinta antara kau dan aku,
Dan jika saatnya tiba, ketika Allah takdirkan aku untukmu,
Cinta sejati tak akan pergi,

Semoga inilah cinta karena-Nya
bersama ridhaNya.
Wahai hati yang disirami cahaya Rahman,
Menuju Firdaus-Nya adalah impian dalam Mihrab cinta dari ku,
Satu-satunya taman terindah yang menguasai sukma di tiap nafas yang berlalu,
Hingga angan ingin ku melesat lebih jauh pada mahabbahNya bersama hadir mu.
Pasung hati ku,

Ya Rabbana,
Bunuh kata-kata cinta yang
menjauhkan aku dari-Mu.

Ya, Muhaimin
Jangan biarkan aku jatuh cinta pada selain-Mu,
Bila tak ada cinta dari kekasih-Mu yang merindukan Firdaus-Mu Cukuplah hidupku mengalir dalam mihrab cinta ku pada-Mu.

Ya Al-Malik,
Hati ini tiada yang lain kecuali nama indah-Mu,
Sungguh, bilapun akan ada cinta lain di hidup ku,
Jaga hijab cinta ku sebagai mutiara yang terjaga di Altar cinta-Mu,
Sebelum kau pertemukan aku dan kekasih-Mu di istikharah cintaku.
Wahai Cahaya yang mengalirkan cinta,

Izinkan hatiku hanya berlabuh di atas lautan ridha-Mu,
Izinkan hatiku hanya merindu kekasih-Mu,
Izinkan hatiku merindu lebih dalam pada mujahid- mujahidah cinta-Mu,
Izinkan mihrab cinta ini,
Ya Rabbana...

Tuesday, 6 August 2013

RAMADHAN MENINGGALKAN KU..

Assalamu'alaikum sahabatku,
Semoga anda semua sentiasa berada didalam lindungan-Nya.

    Dalam meniti nikmatnya bulan Ramadhan,tanpa kita sedari ia semakin hampir meninggalkan kita. Saat saya menulis tulisan ini adalah pada 28 Ramadhan dan malam ini merupakan malam penghabisan bagi bulan Ramadhan 1434 Hijrah. Tiada kata-kata yang mampu saya ucapkan melainkan rasa yang sedih dan hiba apabila tibanya masa untuk bulan yang suci ini berakhir. Tiada bulan lain yang Allah berikan keistimewaan yang sangat banyak kepada umat Islam melainkan bulan Ramadhan. Allah SWT membuka seluas-luasnya pintu syurga setibanya bulan Ramadhan kepada kita dan pembebasan daripada api neraka pada hari 10 terakhir Ramadhan. Pada bulan Ramadhan jugalah Allah SWT menurunkan Al-Quran serta terdapat satu malam yang di nanti-nantikan umat Islam iaitu malam Lailatul Qadar dan apabila kita beribadah di malam tersebut,seolah-olah kita beribadah selama seribu bulan. MashaAllah, betapa besarnya ganjaran yang Allah SWT berikan kepada kita.

    Banyak perkara suka dan duka yang terjadi di dalam bulan ini. Namun,tidak tahu mengapa, hati saya pada bulan ini sering sebak dan pilu dengan pelbagai perkara yang berlaku. Perkara yang paling menyenangkan adalah apabila satu keluarga berkumpul untuk berbuka puasa bersama. Dalam bulan Ramadhan tahun ini ayah sentiasa berbuka puasa di rumah dan kami sekeluarga pergi menunaikan Sembahyang tarawikh bersama di masjid yang berbeza pada setiap malam. Perkara ini sangat mengharukan bagi saya kerana pada bulan-bulan biasa, sangat jarang sekali untuk kami sekeluarga makan bersama. :')

    Dalam bulan Ramadhan ini juga, Allah SWT telah memberikan hidayah kepada saya untuk lebih mendalami tentang agama Islam. Ilmu yang tersemat di dada saya mengenai Islam masih belum mencukupi buat saya dan ingin saya pertingkatkan lagi agar saya tidak digelar sebagai seorang yang jahil didalam agama. Na'uzubillahi min zhalik, moga dijauhkan. Segala perkara mengenai Islam di seluruh dunia sangat menarik perhatian saya dan apa yang saya lihat, pelbagai perkara gembira dan juga sedih yang berlaku kepada umat Islam diseluruh dunia dan termasuklah di bumi Arab. Perkara sedih yang berlaku ini sangat menyentuh jiwa saya Ya Allah. Apa yang mampu saya lakukan kepada mereka hanyalah dengan berdo'a agar saudara-saudaraku di bumi Arab diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan serta sentiasa dibawah lindungan Tuhan. Amiiin :'( 

    Semua orang mengaharapkan amalan yang mereka lakukan diterima oleh Allah SWT seperti juga diri saya sendiri. Saya berharap yang saya telah melakukan ibadah dan perkara yang terbaik  serta ibadah yang  saya lakukan dan perubahan didalam diri ini akan berkekalan setelah berakhirnya bulan Ramadhan sehinggalah ke akhir nafas saya mudah-mudahan. Ini kerana, kita adalah kejadian yang sempurna yang diciptakan Tuhan namun apa yang kita lakukan tidak selalunya sempurna. Saya berdo'a agar dipanjangkan umur dan dipertemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang mulia ini pada tahun hadapan. Insya-Allah, Aminn Ya Rabb.. :')

    Kehidupan kita didunia ini hanyalah sementara, oleh itu, kejarlah sebanyak-banyaknya amalan kebaikan yang kita mampu dengan semaksima mungkin untuk mencapai Syurga Allah. Insya-Allah. Akhir kalam, dakwah itu ibarat air yang yang terus mangalir tanpa penghujungnya. dan empangan yang menghalang.

Sekian sahaja tulisan saya pada kali ini,
Segala yang baik datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang dari saya sendiri.
Wassalam.
NHP :)

Saturday, 27 July 2013

SAYA...

Assalamu'alaikum.

Hari ini 27/7/2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434H.
Satu hari yang cukup indah dan baik.
Hari ini merupakan hari pertama saya menulis blog, terdetik di hati ini untuk menulis walaupun bakat yang ada tidaklah sehebat orang lain. 

Saya hanyalah insan biasa yang dilahirkan didalam keluarga yang sangat sederhana. Saya merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Saya berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang besar dan mempunyai latar belakang yang sangat unik. 
Mengalirnya didalam badan darah Acheh daripada kedua ibu bapa saya. Sangat bertuah kerana dapat mengenali adat dan budaya dua negara sepanjang membesar adalah merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan jarang dirasai oleh orang lain. Alhamdulillah Ya Allah.

Pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah saya lalui sepanjang 19 tahun saya hidup di bumi Tuhan yang Maha Kaya ini. Anugerah Tuhan yang paling besar dengan memberikan saya peluang untuk bernafas merupakan hadiah yang paling besar yang saya pernah terima. Terima Kasih Ya Allah. Nyawa yang KAU anugerahkan kepadaku akan ku gunakan dengan sebaiknya untuk melakukan kebaikan dan menebus segala dosa yang telah ku lakukan kepada-MU. :'(

Saya merupakan seorang pelajar Pra-Universiti di SMK Pandan Mewah dan telah berada di semester 3 iaitu semester terakhir dalam pengajian saya disini. Saya merupakan pelajar aliran kemanusiaan. Kedengarannya seperti sangat mudah aliran ini. Namun,pada hakikatnya jika tidak disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan sifat rajin di dalam diri,segala yang mudah akan menjadi susah dan kegagalan lah yang akan mengundang diri. 
Jika kejayaan yang menjadi idaman, berusahalah dengan gigih dan disertakan dengan do'a dan tawakkal kepada Allah.,insya-ALLAH segala urusan akan dipermudahkan.

Amar Makruf, Nahi Mungkar.

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.
Wassalam.

NHP :)