Saturday, 27 July 2013

SAYA...

Assalamu'alaikum.

Hari ini 27/7/2013 bersamaan 18 Ramadhan 1434H.
Satu hari yang cukup indah dan baik.
Hari ini merupakan hari pertama saya menulis blog, terdetik di hati ini untuk menulis walaupun bakat yang ada tidaklah sehebat orang lain. 

Saya hanyalah insan biasa yang dilahirkan didalam keluarga yang sangat sederhana. Saya merupakan anak kedua daripada empat adik beradik. Saya berasa sangat bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga yang besar dan mempunyai latar belakang yang sangat unik. 
Mengalirnya didalam badan darah Acheh daripada kedua ibu bapa saya. Sangat bertuah kerana dapat mengenali adat dan budaya dua negara sepanjang membesar adalah merupakan satu pengalaman yang sangat indah dan jarang dirasai oleh orang lain. Alhamdulillah Ya Allah.

Pelbagai kenangan pahit dan manis yang telah saya lalui sepanjang 19 tahun saya hidup di bumi Tuhan yang Maha Kaya ini. Anugerah Tuhan yang paling besar dengan memberikan saya peluang untuk bernafas merupakan hadiah yang paling besar yang saya pernah terima. Terima Kasih Ya Allah. Nyawa yang KAU anugerahkan kepadaku akan ku gunakan dengan sebaiknya untuk melakukan kebaikan dan menebus segala dosa yang telah ku lakukan kepada-MU. :'(

Saya merupakan seorang pelajar Pra-Universiti di SMK Pandan Mewah dan telah berada di semester 3 iaitu semester terakhir dalam pengajian saya disini. Saya merupakan pelajar aliran kemanusiaan. Kedengarannya seperti sangat mudah aliran ini. Namun,pada hakikatnya jika tidak disertakan dengan usaha yang bersungguh-sungguh dan sifat rajin di dalam diri,segala yang mudah akan menjadi susah dan kegagalan lah yang akan mengundang diri. 
Jika kejayaan yang menjadi idaman, berusahalah dengan gigih dan disertakan dengan do'a dan tawakkal kepada Allah.,insya-ALLAH segala urusan akan dipermudahkan.

Amar Makruf, Nahi Mungkar.

Sekian sahaja coretan saya pada kali ini.
Wassalam.

NHP :)